Archive

Archive for August, 2010

Perhimpunan Perdana Ramadhan

27 August 2010 Leave a comment

Aturcara :

8 pagi :
Pendaftaran

8.30 pg :
Bacaan al-Quran oleh adik Nasraf Nahar
Persembahan nasyid oleh U.Akhwan Afandy [Yayasan Amal Malaysia]

9.30 pg :
Diskusi mengenai Wakaf, hukum dan kelebihannya. [Ust.Abdullah Din – YDP ABIM Padang Terap, Kedah]

10.30 pg :
Taklimat khas Kempen Wakaf masjid Penampang. Tn Hj Sainuri Hj Yahmin – Pengerusi Majlis NGO Islam Sabah (CONCERN).

11.00 pg :
Ceramah Gaza Palestin – Tn Hj Jamaluddin Elias [Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia]

12.30 tgh :
Solat Zohor berjemaah

1.00 tgh :
Sesi soal jawab

2.30 tgh :
Majlis bersurai

Categories: Uncategorized

Surau Kampung Tamalang, Telipok

23 August 2010 1 comment

Sebagai memanjangkan usaha penduduk Kampung Tamalang untuk memiliki surau yang lebih kondusif, WADAH Negeri Sabah mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan mengajak anda semua untuk turut menyumbang bagi menjayakan usaha murni ini. Sejumlah wang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaik pulihan Kelas KAFA Kampung agar boleh dijadikan surau kampung.

This slideshow requires JavaScript.

Kami mengalu-alukan sumbangan tuan puan bagi membantu saudara kita di Kampung . Sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi:

WADAH Negeri Sabah,

No. 28, Tingkat 1,

Lorong Grace Square,

Jalan Pantai Sembulan, Kota Kinabalu.

Boleh juga hubungi:

Sdri. Aini di talian 088-212080

Pengerusi WADAH Negeri Sabah: Sainuri Yahmin (0198801999)

Categories: Uncategorized

Jejak Ukhuwwah | Kampung Tamalang, Telipok

23 August 2010 Leave a comment

Pada  22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramdhan 1431 Hijriah, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Cawangan Negeri Sabah telah melawat Kampung Tamalang, Telipok, Kota Kinabalu. Objektif program adalah untuk memberi sumbangan berupa makanan asas kepada pelajar-pelajar yang menimba ilmu agama bersama Ustaz Sulaiman di kampung tersebut. Alhamdulillah, ada yang berupaya untuk melagukan bacaan Al Quran (bertarannum) dengan baik sekali setelah setahun mengikuti kelas bacaan Al Quran kelolaan Ustaz.

Rombongan WADAH Negeri Sabah dipimpin oleh Sdr. Adi Zaini seawal 11.30 pagi. Rombongan terlebih dahulu berkumpul di pekan Telipok sebelum bersama-sama mendaki ke Kampung menggunakan kenderaan masing-masing. Oleh kerana keadaan jalan yang kurang baik, hanya kenderaan empat roda sahaja yang mampu untuk menuruni cerun manakala kenderaan yang lain diletakkan di bahagian atas. Rombongan terpaksa berjalan kaki untuk ke surau kampung.

Program dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada setiausaha WADAH Negeri Sabah Sdr. Adi Zaini diikuti dengan ucapan Pengerusi WADAH Negeri Sabah Hj. Sainuri Yahmin. Selesai ucapan daripada pengerusi, program disambung dengan peyampaian makanan asas kepada pelajar-pelajar Ustaz seramai 30 orang. Kemudian diikuti dengan solat Zohor secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Sulaiman sendiri.

This slideshow requires JavaScript.

Program berakhir selepas rombongan membuat tinjauan terhadap pusat pengajian KAFA yang terbengkalai. Pihak WADAH dan penduduk kampung bersepakat untuk menjadikan pusat pengajian KAFA tersebut sebagai surau kampung kerana mempunyai kapastiti yang lebih besar untuk menampung jemaah disamping mampu menjadi tempat untuk penduduk kampung melakukan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Insya Allah, pihak WADAH akan terus konsisten dalam membantu saudara seIslam yang berada di kampung-kampung dalam memastikan syiar Islam terus terbela dimana bumi dipijak oleh para muslimin dan muslimat.

Selamat menlipat gandakan amalan di bulan Ramadhan. Jazakallahu khairun kathira.

Categories: Uncategorized

HOME-WADAH SABAH BUILDING FUND

18 August 2010 Leave a comment

Salam my Brothers and Sisters,

Ramadan is the yearly occasion when God provides a refuge.“The best of all months,” as the Prophet Muhammad, peace be upon him, described it. A month during which Satan is absent, and each woman and man is free to pursue God without the negativity otherwise so pervasive.

Ramadan is an opportunity to recharge. For many Muslims, the month is filled with tremendous spiritual energy, such that otherwise lethargic believers find themselves with motivation and energy otherwise impossible. The absence of food works backwards: the less we eat, the more we’re capable of doing.

It’s a chance to make up for previous months, to inculcate new habits and hopefully end negative ones.It is the month of endless exhortations and opportunities for service and charity; and long nights spent in prayer.

HOME-WADAH SABAH is relaunching the donation drive. Perhaps Ramadan is just the right moment to revive the good deeds of giving. May this Ramadan enrich us with the drive to realise an institution for the needy.

To kickstart the initiatives, we invite individual monetary commitment & contribution of a minimum of RM100 per month to be banked-in into HOME-WADAH SABAH building fund.

Second  initiatives  entitle  get 3 donors a month campaign ie every members advocates friends, relatives, sympathizer, philanthropist to make monthly contribution to the fund.

May the mercy and blessing of Allah be with us always. Ameen.

Send your donation to Wadah. Account No. 105590003849 [Affin Islamic Banking]

JAZAKALLAH


Categories: Uncategorized

Sumbangan Ikhlas Buah Kurma Untuk Berbuka

12 August 2010 Leave a comment


Bersempena  Bulan Ramadhan al Mubarak ini, WADAH menganjurkan kempen sadaqah buah kurma untuk berbuka di masjid. Kami mengalu-alukan sumbangan buah kurma dari semua lapisan masyarakat. Kurma-kurma itu akan diagih-agihkan ke masjid-masjid yang terpilih.Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi:

Tuan Haji Sainuri bin Yahmin-0198801999

Categories: Uncategorized

Sudut Ibrah: Walau Sekecil Mana Usaha

11 August 2010 Leave a comment

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang
Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
sebuah kota untuk menyebarkan risalah bertajuk “Jalan ke Syurga” bersama
risalah Islam yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak
keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. ” Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun?”

Ayahnya menambah ” Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Semoga Allah bersama-sama
mu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan
itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa
pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan ke Syurga”
berada di tangannya. Dia berasakan bertanggungjawab mengedarkan kesemua risalah di tangannya. Dia berpaling dari satu arah ke arah yang lain untuk menyerahkan risalah terakhirnya yang masih berada ditangannya.
Tidak semena mena dia ternampak sebuah rumah yang agak tersorok di hujung jalan lalu
mengatur langkahnya untuk menghampiri rumah itu. Sesampainya ke rumah
itu tanpa berlengah lagi, dia terus menekan loceng rumah itu .
namun tiada jawapan.  Dia terus menekan loceng itu beberapa kali.

Disusulnya dengan mengetuk  pula pintu
itu namun jawapan masih juga tidak kedengaran. Seakan-akan ada sesuatu yang menyebabkannya
terpaku didepan pintu rumah tersebut. Dia masih berharap risalah terakhir digengemannya itu  akan dapat diserahkan kepada tuan rumah. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu terbuka jua.

Berdiri di depan pintu adalah tercegat seorang perempuan tua.
Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.

Saya datang ini
hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang
paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan tua dari rumah dihujung jalan.  “Saya yakin tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya.

Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun
sekali. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya
keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak
matanya.

” Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni.

Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk
terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada
anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.

Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan
terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang
paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup
pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat
asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang
menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya
ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula
yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada
anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang
seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Categories: Uncategorized

Sudut Ibrah: Uwais Al-Qarni

11 August 2010 Leave a comment

Seorang yg wara’ dan zahid, yg kewara’an dan zuhudnya tidak diketahui umum; amal ibadahnya tidak menonjol atau terserlah-hebah,  penghuni sekeliling   tidak mengenalinya selain  kedhaiefan dan kemiskinannya disamping ibu yg uzur dan  cacat penglihatan; kehidupannya ditengah-tengah masyarakat tersisih dan disisih    akibat taraf kedudukannya yg terdampar dan hina, Malah  sebilangan menganggapnya sebagai seorang yg tidak siuman sehingga menjadi bahan tertawa dan ejekan – begitulah gambaran penghinaan yang diterima oleh seorang yg bernama Uwais al-Qarani.

Begitu terdampar kehidupannya dgn  kehinaan  dipermukaan bumi namun dilangit, kedudukan martabatnya begitu tinggi,   dan  namanya  dikenal dan disebut-sebut oleh penghuninya.

Keserlahan kemuliaannya terbukti apabila Rasulullah s.a.w. merujuknya sebagai “خيرالتابعين” [ahli  tabi’ien paling mulia] dan dianugerahi dgn kelebihan doanya diterima-makbul oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w.  bersabda, “Akan lahir dizaman kamu seorang yang dikenali sbg Uwais al-Qarani …… dia akan memberikan syafaat  kepada  bilangan ramai puak Rabi’ah dan Mudhar untuk masuk ke syurga.”

Sambil menoleh kearah Umar dan Ali r.a. maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Jika kamu berdua menemuinya, mohonlah kepadanya supaya dia mendoakan keampunan keatas kamu berdua!”.

Kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, kiranya  mengejutkan para sahabat kerana kedua-dua Umar dan Ali r.a. adalah sahabat  Rasulullah s.a.w. terdekat  sekali, yang dijanjikan masuk syurga dari kalangan sepuluh orang  sahabat [العشرة المبشرون]  .

Disamping itu, Umar r.a. dipandang tinggi oleh Rasulullah s.a.w. apabila Baginda  besabda, “”Jika ada seorang Nabi sesudah aku maka ianya adalah Umar!”

Tahap kedudukan Umar r.a. nyata mantap  apabila beliau dilantik sebagai Khalifah sesudah Abu Bakar r.a.,  dengan gelaran “Amiru’l-mukminin” – jadi siapalah Uwais al-Qarani yang harus diminta do’a keampunannya oleh Umar dan Ali r.a.? Beliau bukan golongan sahabat  kerana tidak pernah menemui Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya!

Pesanan  Rasulullah s.a.w.  itu, disematkan didalam hati oleh Umar r.a. dan apabila memegang jawatan sebagai khalifah maka beliau dan Ali r.a. bersungguh-sungguh mencari Uwais al-Qarani.

Setiap kafilah yg datang dari Yaman ke Makkah akan ditemui oleh Umar r.a.,  dan menanyakan sama ada Uwais ada  bersama dengan mereka  dengan menyeru, “Adakah dikalangan kamu  ini seorang yg bernama Uwais?”

Seorang tua yang  lanjut usia menjawab, “Kami tak mengenali siapa Uwais yang dimaksudkan tuan itu, tapi saya mempunyai anak saudara bernama Uwais;  seorang yg tidak penting kepada kami,  Dia seorang yg dhaief dan miskin,  kerjanya mengambil upah mengembala unta …. ”

Umar r.a. tidak menghiraukan kata-kata yang disebut orang tua itu sebaliknya menanyakan terus tentang Uwais yg dicari lalu orang tua itu bertanya, “Wahai Amiru’l-mukminin! Demi Allah, tiada orang yang sebodoh dan sedhaief  dikalangan  kami seperti dia!”

Menitis air mata Umar r.a. mendengarnya lalu berkata, “Kamulah orangnya, bukan dia! Aku dengar Rasulullah  bersabda, “Bilangan  ramai puak Rabi’ah dan Mudhar  masuk syurga kerana syafaat dan doa keampunan daripadanya!”

Sesudah ditanya lagi maka mereka pun menjawab. “Dia ada disebuah khemah di Arafah!.” Sesegera itu Umar dan Ali r.a, bergegas meninggalkan Makkah menuju Arafah, dan sesampainya, mereka mendapati Uwais sedang menunaikan solat, dan sejurus selesai maka Umar r.a. pun memberikan salam.

Sesudah berbalas salam maka Umar r.a. berkata, ” Siapa anda?” – “Pengembala unta; kerja yang ada upahnya.”

Umar r.a.: “Kami tidak menanyakan tentang pekerjaan atau upah anda tapi ialah nama anda?”

Uwais: Abdullah (hamba Allah)!

Umar r.a (sambil tersenyum): “Semua makhluk dilangit dan dibumi adalah hamba Allah; tapi apakah nama yang diberikan oleh ibu anda?”

Uwais: “Apa hasrat anda berdua menemui saya?”

Umar r.a: “Rasulu’llah memberitahu kami mengenai Uwais al-Qarani, yang dikatakan bermata hitam kebiruan, dan mempunyai tanda setompok kecil putih dibawah bahu kirinya; jadi boleh kami melihatnya bagi menentukan bahawa anda adalah orang yg kami cari? “

Uwais mendedahkan  bahu kirinya dan terlihat jelas tanda setompok kecil putih lalu mereka berpelukan keharuan, dan kedua-dua Umar dan Ali r.a. menerima-yakin bahawa Uwais al-Qarani yg dicari-cari selama ini sudah ditemui.

Umar dan Ali r.a: “Wahai Uwais! Rasulullah s.a.w. meminta kami menyampaikan salam untuk anda! Dan kami minta mohon doa keampunan daripada anda untuk kami!”

Uwais: “Tiada keistimewaan  mohon keampunan bagi saya dan anak Adam lainnya; namun ada golongan muslimin muslimat, mukminin mukminat,  yang do’a mereka diperkenan oleh Allah!”

“Tapi siapakah anda berdua? Diri saya sudah diketahui; yang  sebenarnya saya tidak gemar orang lain mengetahui tentang diri  saya.”

Ali r.a: “Beliau ini, ialah Amiru’l-mukminin, Khalifah Umar ibn al-Khattab, dan saya ialah Ali ibn Talib.”

Uwais (Bangun  berdiri lalu berdakapan keriangan): “Assalamu alaikum ya Amiru’l-mukminin; dan anda Ali, semoga Allah merahmati anda dan umat anda!”

Umar dan Ali r.a: “Anda juga semoga dianugerahi dgn rahmat jua!”

Uwais: “Apakah orang seperti saya layak gerangannya mohon keampunan untuk anda berdua?”

Umar dan Ali r.a: “Benar! Begitulah hajat kami! Berikanlah keistimewaan anda kepada kami! Mudah-mudahan Allah merahmati anda dengan do’a anda itu!”

Sambil mendongak ke langit, Uwais memanjatkan doa agar keduanya dianugerahi dengan keampunan; dan dengan do’a yg dipanjatkan itu maka sekaligus keduanya berjaya menyempurnakan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu apabila menemui Uwais al-Qarani maka mintalah doa keampunan daripadanya.

Umar r.a. menawarkan bantuan bekalan dan pakaian serta berjanji akan menemuinya lagi; bantuan yg diawarkan Umar r.a. itu ditolak dengan baik oleh Uwais, dan berkata; “Wahai Amiru’l-mukminin, tiada tempat lain bagi kita untuk bertemu lagi sesudah ini.”

Katanya lagi, “Apalah yang harus saya lakukan keatas bantuan bekalan dan pakaian itu? Tidakkah anda melihat pakaian yang saya pakai ini dalam keadaan yang baik? Adakah anda melihat saya merobeknya? Adakah sandal saya sudah usang dan buruk?”

Jelasnya lagi, “Bila masa anda lihat saya tidak berpakaian? Antara kita berdua ada ruang luas yg memisahkan kita iaitu kedudukan dan kuasa!”

Mendengarnya, Umar r.a. menghentak tongkatnya lalu mengangkat suara dgn berkata, “Alangkah baiknya Umar tidak dilahirkan oleh ibunya; dan ibunya sepatutnya mandul!”

Demikian antara catatan kisah Uwais al-Qarani, seorang  yg wara’  dan zahid,  yg dipandang rendah dan hina; tersisih dan disisihkan oleh masyarakat;  meniti kehidupan tanpa nama dan sanjungan; tanpa harta dan kemasyhuran, akan tetapi dilangit, keharuman namanya menyerbak-wangi;  sering disebut-sebut oleh para penghuninya; dikasihi Allah dan diaugerahi dengan kelebihan setiap doa yg dipanjatkannya, diterima tanpa hijab – begituah Uwais al-Qarani, yang diangkat oleh Allah ketahap martabat begitu tinggi oleh kewara’an dan zuhudnya!

Categories: Uncategorized