Home > Uncategorized > Jejak Ukhuwwah | Kampung Tamalang, Telipok

Jejak Ukhuwwah | Kampung Tamalang, Telipok

Pada  22 Ogos 2010 bersamaan 12 Ramdhan 1431 Hijriah, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Cawangan Negeri Sabah telah melawat Kampung Tamalang, Telipok, Kota Kinabalu. Objektif program adalah untuk memberi sumbangan berupa makanan asas kepada pelajar-pelajar yang menimba ilmu agama bersama Ustaz Sulaiman di kampung tersebut. Alhamdulillah, ada yang berupaya untuk melagukan bacaan Al Quran (bertarannum) dengan baik sekali setelah setahun mengikuti kelas bacaan Al Quran kelolaan Ustaz.

Rombongan WADAH Negeri Sabah dipimpin oleh Sdr. Adi Zaini seawal 11.30 pagi. Rombongan terlebih dahulu berkumpul di pekan Telipok sebelum bersama-sama mendaki ke Kampung menggunakan kenderaan masing-masing. Oleh kerana keadaan jalan yang kurang baik, hanya kenderaan empat roda sahaja yang mampu untuk menuruni cerun manakala kenderaan yang lain diletakkan di bahagian atas. Rombongan terpaksa berjalan kaki untuk ke surau kampung.

Program dimulakan dengan ucapan alu aluan daripada setiausaha WADAH Negeri Sabah Sdr. Adi Zaini diikuti dengan ucapan Pengerusi WADAH Negeri Sabah Hj. Sainuri Yahmin. Selesai ucapan daripada pengerusi, program disambung dengan peyampaian makanan asas kepada pelajar-pelajar Ustaz seramai 30 orang. Kemudian diikuti dengan solat Zohor secara berjemaah diimamkan oleh Ustaz Sulaiman sendiri.

This slideshow requires JavaScript.

Program berakhir selepas rombongan membuat tinjauan terhadap pusat pengajian KAFA yang terbengkalai. Pihak WADAH dan penduduk kampung bersepakat untuk menjadikan pusat pengajian KAFA tersebut sebagai surau kampung kerana mempunyai kapastiti yang lebih besar untuk menampung jemaah disamping mampu menjadi tempat untuk penduduk kampung melakukan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Insya Allah, pihak WADAH akan terus konsisten dalam membantu saudara seIslam yang berada di kampung-kampung dalam memastikan syiar Islam terus terbela dimana bumi dipijak oleh para muslimin dan muslimat.

Selamat menlipat gandakan amalan di bulan Ramadhan. Jazakallahu khairun kathira.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: