Archive

Archive for June, 2009

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 Mei 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 Mei  2009/1 Jamadil Awwal 1430

Surah Az-Zarriyat ayat  24 – 37

Ayat tersebut menjelaskan perhal Nabi Ibrahim AS yang telah dikunjungi oleh tetamu yang membawa berita gembira untuk baginda dan amaran tindakan Allah terhadap kaum Nabi Lut yang telah melampaui batas.

Islam mengajar tatasusila menerima tetamu. Menerima tetamu dengan menyambut dengan lafaz salam yang terbaik dan menjamu dengan makanan yang terbaik dan yang disukai oleh tuan rumah. Menyediakan juadah tanpa bertanyakan kepada tetamu, jika mereka sudah makan ataupun belum. Atau soalan-soalan yang serupa dengannya.

Manakala mereka yang melanggari perintah Allah SWT dimusnahkan Allah SWT dengan menterbalikkan negeri mereka dan berlaku lah kehancuran kecuali mereka yang beriman walaupun dalam bilangan yang sedikit. Dr. Wahabah az-Zuhaily dalam tafsirnya menyatakan kaum Nabi Lut termasuk isterinya yang engkar telah dimusnahkan Allah SWT. Didalam peristiwa itu tidak terkecuali kaum keluarga seperti isteri menerima pembalasan Allah SWT. Bahawa sesungguhnya masing-masing diberi taklif mengenai diri sendiri. Pengecualiaan terhadap orang-orang beriman daripada termasuk dalam azab Allah SWT adalah ketentuan Illahi sepenuhnya.

Didalam ayat ayat ini juga Allah SWT menerima khabar gembira pada Nabi Ibrahim dan isterinya walaupun dari sudut biologis tabie nya kedua-dua mereka tidak akan akan mendapat zuriat. Namun kekuasaan Allah SWT mengatasi segalanya. Apa yang biasanya dianggap sunnatullah telah diatasi oleh kudrat dan iradat Allah SWT.

Dalam ayat 33-39 ini Allah SWT menceritakan perihal kaum-kaum yang telah di binasakan akibat perlakuan mereka yang melampaui batas. Mereka engkar kepada risalah yang dibawa para nabi’

Categories: Tafsir Quran Tags:

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 April 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 April 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Surah Az-Zarriyat ayat  15 – 23

Beruntunglah mereka yang telah bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka mendapat balasan kasih sayang Allah SWT. Tinggal di dalam syurga yang disediakan Allah SWT dengan segala kenikmatan.

Ini adalah janji Allah kepada mereka yang telah berbuat kebajikan semasa didunia. Semasa di dunia mereka tidur sedikit sekali  di malam hari. Mereka berserah diri kepada Maha Pencipta dan memohon keampunan dengan seihklas hati atas kesalahan dan kealpaan yang telah mereka lakukan. Mereka juga tidak bakhil dan kedekut terhadap harta yang telah di anugerahkan Allah kepada mereka. Harta mereka diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa yang dinukilkan di dalam ayat ini ialah mereka yang bangun malam bermunajat kepada Allah Rabbul Jalil ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Dan setelah saat akhir sepertiga malam itu mereka memohon keampunan daripada Allah SWT. Ciri seterusnya ialah orang yang bertaqwa itu tidak bakhil, harta yang diperolehi nya di infaqkan nya ke jalan Allah SWT.

Manakala ayat 20-23 memperkatakan perihal apa ada yang dilangit dan dibumi . Dan semua itu menunjukkan tentang kekuasaan Allah SWT. Pada setiap kejadian Allah itu tersedia banyak rezeki untuk manfaat makhluk Allah.

Categories: Tafsir Quran