Archive

Archive for December, 2011

WADAH dan ABIM Sabah Ziarah Mangsa Kemalangan Jalanraya di Jalan Ranau-Tamparuli

27 December 2011 Leave a comment

22 DISEMBAR, KOTA KINABALU: WADAH dan ABIM Sabah telah mengadakan ziarah ke atas mangsa kemalangan jalanraya di Jalan Ranau-Tamparuli yang melibatkan rombongan daripada Brunei Darussalam yang mengakibatkan 7 nyawa terkorban dalam nahas tersebut. Seramai 3 orang mangsa kemalangan masih ditahan di Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan lanjut. Rombongan WADAH dan ABIM Sabah seramai 7 orang yang telah diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua ABIM Sabah, Sdr. Mohd Zikri Zainudin telah menziarahi mangsa yang masih ditahan untuk melihat keadaan mereka dan mendoakan kesejahteraan dan keafiatan mereka. Turut hadir sama Sdr. Jaafar Mahmud, Setiausaha Kewangan ABIM Sabah dan Pn. Hjh. Ariadi Apo, Penolong Setiausaha WADAH Sabah serta Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA) Kolej Yayasan Sabah. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa 2 orang mangsa yang masih ditahan akan dipindahkan ke Brunei Darussalam petang ini dengan menggunakan pesawat tentera di Raja Brunei Darussalam untuk menerima lawatan lanjut. Pihak WADAH dan ABIM Sabah ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dalam nahas kemalangan bas persiaran tersebut, semoga roh mereka yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Pihak WADAH dan ABIM juga mendoakan agar mangsa yang masih menerima rawatan dikurniakan kesembuhan, keafiatan dan rahmat olehNya.

Categories: Uncategorized