Archive
WADAH Sabah mengisi slot program Kem Kepimpinan Belia Islam
Pada 4-6 Mac yang lalu, ABIM Sabah telah menganjurkan Kem Kepimpinan Belia Islam bagi melatih golongan belia yang bakal menjadi pemimpin dunia Islam pada masa akan datang.
Pengerusi WADAH Sabah berpeluang mengisi satu slot untuk para peserta yang membincangkan bagaimana menjadi khalifah di bumi Allah. Di antara ciri penting seorang khalifah adalah memiliki ilmu pengetahuan yang luas.
WADAH menyertai Program Re-Treat Hala Tuju JAKIM Sabah
Program anjuran JAKIM cawangan negeri Sabah ini telah diadakan pada 6-8 Mac 2011. Program yang bertujuan mendiskusi hala tuju dakwah pada era globalisasi yang serba mencabar ini berlangsung di Palace Hotel, Kota Kinabalu.
Ia dihadiri wakil di setiap jabatan dan agensi Kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO’S) Islam yang lain. Antara yang hadir adalah wakil Pejabat Mufti Sabah, JHEAINS, Pusat Zakat Sabah, Baitulmal, CONCERN, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, SAHABAT, ABIM, USIA, Persatuan Ulama Malaysia Sabah (PUM), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Semoga kerjasama seumpama ini dapat diperkuat agar pendekatan dakwah menjadi lebih kreatif dan berkesan.
Sambutan Maulidur Rasul 1432H yang pertama bersama penduduk Kg Tamalang
Antara penduduk kampung yang hadir bagi memeriahkan majlis
Sambutan Maulidur Rasul kali ini adalah sambutan kali pertama penduduk Kg Tamalang selama Islam bertapak disana. WADAH Sabah membuka langkah pertama mengadakan sambutan agar ia dapat diteruskan oleh generasi pewaris di kampung ini bagi memperingati Rasulullah s.a.w tercinta.
Disamping aktiviti berselawat, dan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Harun Tafsir, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid yang dipersembahkan oleh anak-anak penduduk kampung. Pertandingan bercerita kanak-kanak, pertandingan menyampaikan Pidato, juga pertandingan Hafazan Al-Quran akhir turut diadakan. Ternyata golongan pelapis muda disini mempunyai bakat yang besar, dan sangat berkeyakinan.
Semoga kecintaan kepada Rasulullah membawa kepada ukhuwwah yang erat bagi mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam. InsyaAllah.