Archive

Archive for July, 2011

Kempen Seorang Sekampit Beras Sekotak Kurma

Ketibaan Ramadhan Al-Mubarak saban tahun disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia. Namun begitu dalam suasana keinsafan Ramadhan ini terdapat segelintir masyarakat Islam kita berasa hiba dengan keperitan hidup yang mereka hadapi. Lagi mendukacitakan apabila mengenangkan kemeriahan Syawal yang bakal menjelang tiba. Justeru apakah yang mampu kita bantu?

Atas dasar persaudaraan sesama Islam, WADAH dan ABIM Negeri Sabah komited untuk menggerakkan Kempen Sumbangan Seorang Sekampit Beras dan Seorang Sekotak Kurma bagi mengutip dana untuk membantu golongan yang sangat memerlukan. Harapan WADAH dan ABIM Sabah agar kempen ini dapat disambut baik oleh seluruh msyarakat Malaysia yang prihatin. Ayuhlah kita hulurkan tangan, taburkan bakti.

Sebarang sumbangan boleh dihantar (atau hubungi) kepada Sekretariat Kempen Seorang Sekampit Beras dan Seorang Sekotak Kurma, Sekretariat WADAH-ABIM Sabah, No. 28, Tingkat 1, Lorong Grace Square, Jalan Pantai Sembulan, Kota Kinabalu. Boleh juga hubungi Pn. Hjh. Ariadi Apo (0198628549)

“Tangan dihulur… Bakti ditabur… Amal diraih… Syurga dijanjikan

Categories: Sumbangan

IJTIMA’ HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM NEGERI SABAH

Datuk Sri Nasir Tun Sakaran merasmikan Seminar tersebut dengan memukul gong dan diperhatikan oleh Tn Hj Sainuri bin Hj Yahmin Pengerusi WADAH Negeri Sabah dan Dr.Abdullah Bede YDP ABIM Negeri Sabah.

SEMINAR DAKWAH : ISLAM SEBAGAI AGAMA RISALAH | FORUM: ISLAM AGAMA RISALAH DALAM KONTEKS BORNEO SEMPENA IJTIMA’ HARAKI PERTAMA WADAH DAN ABIM NEGERI SABAH

Oleh: Sainuri Bin Yahmin

Islam telah disebarkan oleh pedagang daripada Negara Arab, India dan China sejak abad ke 10 masehi. Islam telah wujud si pesisir pantai Laut China Selatan 977M mengikut rekod sejarah Dinasti Sung (960-1279M), ini disebabkan Negara bernama Pu-Ni pernah menghantar rombongan ke negeri China semasa pemerintahan dinasti Sung yang di ketuai oleh seorang yang bernama Pu Ali (Abu Ali). (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Kewujudan Islam di Borneo ditandai melalui pemerintahan Sultan Muhammad Shah pada tahun 1368M di Brunei. Asalnya beliau adalah seorang Raja Borneo yang bernama Awang Alak Betatar. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Mengikut Cesar Adib Majul, Negara Filipina menerima Islam daripada pedagang Islam yang melalui kepulauan Filipina dalam perjalanan berniaga ke Negara China. Pendakwah daripada Borneo jugak memainkan peranan menyampaikan Islam ke Filipina. Mereka digelar Makhdumin. (Cesar Adib Majul : 1973)

Penyampaian ajaran Islam ke Sabah berlegar di sekitar persisiran pantai dan kuala-kuala sungai sahaja. Ini adalah disebabkan struktur muka bumi yang bergunung ganang susah untuk dikunjungi. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Islam dipercayai sampai ke Sabah pada abad ke 15. Ini diperkuatkan dengan penemuan manuskrip tulisan jawi dalam bahasa Idahan di Teluk Darvel Lahad Datu yang bertarikh 1408M (Muhiddin Yusin : 1990). Suku kaum yang pertama memeluk Islam ialah suku kaum Idahan dan di ikuti oleh suku kaum Bajau dan Suluk. (Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo-Arkib Negeri Sabah :2010).

Bukti lain yang menunjukkan Islam telah dating lebih awal ke Sabah ialah melalui sejarah penentangan terhadap penjajah yang dipelopori oleh Datu Tating, Datu Baginda Putih, Pengiran Syahbandar Hassan, Haji Saman, Syarif Osman, Mat Salleh, Pak Musa, Embo Ali dan lain-lain di sekitar tahun 1775 hingga tahun 1915.

Kegiatan menyampai risalah Islam di teruskan melalui Parti Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1946. Di ikuti oleh Persatuan Islam Putatan (PIP), Persatuan Islam Tawau (PIT), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamaah Tabligh, Darul Arqam, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) dan lain-lain.

Pada tahun 1880-an penduduk Islam Sabah hanya berjumlah 35% daripada keseluruhan penduduk. Pada tahun 1960-an penduduk Islam bertambah kepada 38%. (Saharudin dan Muddin : 2007)

Jumlah Penganut Islam bertambah melalui usaha dakwah parti politik dan NGO-NGO tempatan dan NGO-NGO yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

 

Para VIP dan peserta yang menghadiri Seminar Dakwah: Islam sebagai agama risalah sempena ijtima’ Haraki Pertama Wadah dan ABIM Sabah.

Categories: Uncategorized