Archive

Archive for September, 2009

Tiga Amalan Rasulullah di 10 Malam Akhir

4 September 2009 Leave a comment

Tiga amalan Nabi di 10 malam terakhir

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada
malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi’in ini adalah satu
upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka
Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan
Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah
memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon
perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”


Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah
mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya
dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: “Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyakkan doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibubapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.

Advertisements
Categories: Uncategorized

Wasiat Ramadhan

4 September 2009 Leave a comment

WASIAT RAMADAN KAREEM

Rasulullah SAW bersabda, ‘Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. .. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa’i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH – KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH – THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a.
Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6.. Berbahagi CD Quran atau Do’a

Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Categories: Uncategorized

Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim Rumah Putera Harapan (RPH)

1 September 2009 1 comment

Image0119Image0117Image0115Image0094

Image0078Image0061

Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Sesiapa yang menyayangi anak yatim, di syurga nanti dekatnya dengan Nabi Muhammad S.A.W ibarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah, tiada jarak”

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, WADAH, ABIM dan SISMA telah menyantuni anak yatim di Rumah Putera Harapan (RPH) pada hari Isnin sempena cuti Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52. Seramai 12 orang penghuni RPH diraikan dalam satu majlis dimana mereka dibawa untuk membeli baju melayu sebagai persediaan meraikan aidilfitri dan diberikan barang keperluan untuk berbuka puasa. Majlis ini juga diisi dengan sedikit tazkirah daripada Tuan Haji Sainuri Haji Yahmin, Pengerusi WADAH untuk seluruh hadirin yang hadir termasuklah untuk anak-anak yatim RPH dimana beliau telah bercerita tentang kisah hidup Imam Al-Ghazali dimana Al-Ghazali telah kehilangan ayah semasa kecil iaitu semasa beliau berumur 8 tahun dan Ibu Al-Ghazali memintanya untuk menuntut ilmu dengan seorang guru. Tuan Haji Sainuri juga telah mengaitkan kesungguhan Al-Ghazali dalam mencari ilmu untuk dijadikan iktibar kepada anak-anak yatim RPH.

Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Sainuri dan diikuti pembahagian kumpulan untuk membawa anak-anak tersebut membeli baju melayu mereka di Hjirah Trading, Ranau. Hampir 40 minit mencari dan membeli baju melayu dan kelengkapan lain, anak-anak tersebut diraikan di RPH dengan tazkirah dan penyampaian duit raya kepada penghuni RPH. Turut disampaikan adalah sumbangan untuk keperluan makanan penghuni RPH kepada Pengurus RPH, Saudara Sabri yang juga merupakan Setiausaha ABIM Daerah Ranau.

Kepada orang ramai yang ingin memberikan sumbangan kepada Rumah Putra Harapan, bolehlah menghubungi Tuan Haji Sainuri Haji Yahmin di 0148636200 talianĀ  atau boleh berhubung terus dengan pengurus RPH, Saudara Sabri di talian 0198993315. Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu anak-anak yatim di RPH dan semoga Allah memberkati segala amal kebajikan yang kita laksanakan.

Categories: RPH Tags: