Archive

Archive for June, 2010

Wacana Sejarah: Kedatangan Islam di Borneo

15 June 2010 1 comment

Pada 24 April 2010, bersamaan dengan 9 Jamadil Awal 1431H, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Cawangan Negeri Sabah telah menganjurkan Wacana Sejarah bertajuk Kedatangan Islam di Borneo. Wacana tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan WADAH.

Program berlangsung di Bilik Madani, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pembentangan pertama yang bertajuk Kedatangan Islam di Borneo di sampaikan oleh Y.Bhg.Datuk Datu Tigabelas Datu Zainal Abidin, pengarah Arkib Negeri Sabah. Selepas kudapan, pembentangan kedua yang bertajuk Pengislaman Di Alam Melayu: Pengukuhan dan Cabaran Penjajahan disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya diteruskan.

Program ilmiah sebegini akanterus dianjurkan dari masa ke masa bagi membekalkan orang ramai dengan pengetahuan mengenai perkembangan Islam di Sabah dengan harapan agar semua celik sejarah dan menghargai perjuangan para daie terdahulu, InsyaAllah.

Jazakallahu khairun Kathira.

Categories: Program