Home > Uncategorized > Sudut Ibrah: Uwais Al-Qarni

Sudut Ibrah: Uwais Al-Qarni

Seorang yg wara’ dan zahid, yg kewara’an dan zuhudnya tidak diketahui umum; amal ibadahnya tidak menonjol atau terserlah-hebah,  penghuni sekeliling   tidak mengenalinya selain  kedhaiefan dan kemiskinannya disamping ibu yg uzur dan  cacat penglihatan; kehidupannya ditengah-tengah masyarakat tersisih dan disisih    akibat taraf kedudukannya yg terdampar dan hina, Malah  sebilangan menganggapnya sebagai seorang yg tidak siuman sehingga menjadi bahan tertawa dan ejekan – begitulah gambaran penghinaan yang diterima oleh seorang yg bernama Uwais al-Qarani.

Begitu terdampar kehidupannya dgn  kehinaan  dipermukaan bumi namun dilangit, kedudukan martabatnya begitu tinggi,   dan  namanya  dikenal dan disebut-sebut oleh penghuninya.

Keserlahan kemuliaannya terbukti apabila Rasulullah s.a.w. merujuknya sebagai “خيرالتابعين” [ahli  tabi’ien paling mulia] dan dianugerahi dgn kelebihan doanya diterima-makbul oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w.  bersabda, “Akan lahir dizaman kamu seorang yang dikenali sbg Uwais al-Qarani …… dia akan memberikan syafaat  kepada  bilangan ramai puak Rabi’ah dan Mudhar untuk masuk ke syurga.”

Sambil menoleh kearah Umar dan Ali r.a. maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Jika kamu berdua menemuinya, mohonlah kepadanya supaya dia mendoakan keampunan keatas kamu berdua!”.

Kata-kata Rasulullah s.a.w. itu, kiranya  mengejutkan para sahabat kerana kedua-dua Umar dan Ali r.a. adalah sahabat  Rasulullah s.a.w. terdekat  sekali, yang dijanjikan masuk syurga dari kalangan sepuluh orang  sahabat [العشرة المبشرون]  .

Disamping itu, Umar r.a. dipandang tinggi oleh Rasulullah s.a.w. apabila Baginda  besabda, “”Jika ada seorang Nabi sesudah aku maka ianya adalah Umar!”

Tahap kedudukan Umar r.a. nyata mantap  apabila beliau dilantik sebagai Khalifah sesudah Abu Bakar r.a.,  dengan gelaran “Amiru’l-mukminin” – jadi siapalah Uwais al-Qarani yang harus diminta do’a keampunannya oleh Umar dan Ali r.a.? Beliau bukan golongan sahabat  kerana tidak pernah menemui Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya!

Pesanan  Rasulullah s.a.w.  itu, disematkan didalam hati oleh Umar r.a. dan apabila memegang jawatan sebagai khalifah maka beliau dan Ali r.a. bersungguh-sungguh mencari Uwais al-Qarani.

Setiap kafilah yg datang dari Yaman ke Makkah akan ditemui oleh Umar r.a.,  dan menanyakan sama ada Uwais ada  bersama dengan mereka  dengan menyeru, “Adakah dikalangan kamu  ini seorang yg bernama Uwais?”

Seorang tua yang  lanjut usia menjawab, “Kami tak mengenali siapa Uwais yang dimaksudkan tuan itu, tapi saya mempunyai anak saudara bernama Uwais;  seorang yg tidak penting kepada kami,  Dia seorang yg dhaief dan miskin,  kerjanya mengambil upah mengembala unta …. ”

Umar r.a. tidak menghiraukan kata-kata yang disebut orang tua itu sebaliknya menanyakan terus tentang Uwais yg dicari lalu orang tua itu bertanya, “Wahai Amiru’l-mukminin! Demi Allah, tiada orang yang sebodoh dan sedhaief  dikalangan  kami seperti dia!”

Menitis air mata Umar r.a. mendengarnya lalu berkata, “Kamulah orangnya, bukan dia! Aku dengar Rasulullah  bersabda, “Bilangan  ramai puak Rabi’ah dan Mudhar  masuk syurga kerana syafaat dan doa keampunan daripadanya!”

Sesudah ditanya lagi maka mereka pun menjawab. “Dia ada disebuah khemah di Arafah!.” Sesegera itu Umar dan Ali r.a, bergegas meninggalkan Makkah menuju Arafah, dan sesampainya, mereka mendapati Uwais sedang menunaikan solat, dan sejurus selesai maka Umar r.a. pun memberikan salam.

Sesudah berbalas salam maka Umar r.a. berkata, ” Siapa anda?” – “Pengembala unta; kerja yang ada upahnya.”

Umar r.a.: “Kami tidak menanyakan tentang pekerjaan atau upah anda tapi ialah nama anda?”

Uwais: Abdullah (hamba Allah)!

Umar r.a (sambil tersenyum): “Semua makhluk dilangit dan dibumi adalah hamba Allah; tapi apakah nama yang diberikan oleh ibu anda?”

Uwais: “Apa hasrat anda berdua menemui saya?”

Umar r.a: “Rasulu’llah memberitahu kami mengenai Uwais al-Qarani, yang dikatakan bermata hitam kebiruan, dan mempunyai tanda setompok kecil putih dibawah bahu kirinya; jadi boleh kami melihatnya bagi menentukan bahawa anda adalah orang yg kami cari? “

Uwais mendedahkan  bahu kirinya dan terlihat jelas tanda setompok kecil putih lalu mereka berpelukan keharuan, dan kedua-dua Umar dan Ali r.a. menerima-yakin bahawa Uwais al-Qarani yg dicari-cari selama ini sudah ditemui.

Umar dan Ali r.a: “Wahai Uwais! Rasulullah s.a.w. meminta kami menyampaikan salam untuk anda! Dan kami minta mohon doa keampunan daripada anda untuk kami!”

Uwais: “Tiada keistimewaan  mohon keampunan bagi saya dan anak Adam lainnya; namun ada golongan muslimin muslimat, mukminin mukminat,  yang do’a mereka diperkenan oleh Allah!”

“Tapi siapakah anda berdua? Diri saya sudah diketahui; yang  sebenarnya saya tidak gemar orang lain mengetahui tentang diri  saya.”

Ali r.a: “Beliau ini, ialah Amiru’l-mukminin, Khalifah Umar ibn al-Khattab, dan saya ialah Ali ibn Talib.”

Uwais (Bangun  berdiri lalu berdakapan keriangan): “Assalamu alaikum ya Amiru’l-mukminin; dan anda Ali, semoga Allah merahmati anda dan umat anda!”

Umar dan Ali r.a: “Anda juga semoga dianugerahi dgn rahmat jua!”

Uwais: “Apakah orang seperti saya layak gerangannya mohon keampunan untuk anda berdua?”

Umar dan Ali r.a: “Benar! Begitulah hajat kami! Berikanlah keistimewaan anda kepada kami! Mudah-mudahan Allah merahmati anda dengan do’a anda itu!”

Sambil mendongak ke langit, Uwais memanjatkan doa agar keduanya dianugerahi dengan keampunan; dan dengan do’a yg dipanjatkan itu maka sekaligus keduanya berjaya menyempurnakan pesanan Rasulullah s.a.w. iaitu apabila menemui Uwais al-Qarani maka mintalah doa keampunan daripadanya.

Umar r.a. menawarkan bantuan bekalan dan pakaian serta berjanji akan menemuinya lagi; bantuan yg diawarkan Umar r.a. itu ditolak dengan baik oleh Uwais, dan berkata; “Wahai Amiru’l-mukminin, tiada tempat lain bagi kita untuk bertemu lagi sesudah ini.”

Katanya lagi, “Apalah yang harus saya lakukan keatas bantuan bekalan dan pakaian itu? Tidakkah anda melihat pakaian yang saya pakai ini dalam keadaan yang baik? Adakah anda melihat saya merobeknya? Adakah sandal saya sudah usang dan buruk?”

Jelasnya lagi, “Bila masa anda lihat saya tidak berpakaian? Antara kita berdua ada ruang luas yg memisahkan kita iaitu kedudukan dan kuasa!”

Mendengarnya, Umar r.a. menghentak tongkatnya lalu mengangkat suara dgn berkata, “Alangkah baiknya Umar tidak dilahirkan oleh ibunya; dan ibunya sepatutnya mandul!”

Demikian antara catatan kisah Uwais al-Qarani, seorang  yg wara’  dan zahid,  yg dipandang rendah dan hina; tersisih dan disisihkan oleh masyarakat;  meniti kehidupan tanpa nama dan sanjungan; tanpa harta dan kemasyhuran, akan tetapi dilangit, keharuman namanya menyerbak-wangi;  sering disebut-sebut oleh para penghuninya; dikasihi Allah dan diaugerahi dengan kelebihan setiap doa yg dipanjatkannya, diterima tanpa hijab – begituah Uwais al-Qarani, yang diangkat oleh Allah ketahap martabat begitu tinggi oleh kewara’an dan zuhudnya!

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: