Home > Uncategorized > Masjid Tertua di Bandar Beijing | Masjid Niujie

Masjid Tertua di Bandar Beijing | Masjid Niujie

This slideshow requires JavaScript.

Pengerusi WADAH Negeri Sabah sempat berkunjung ke Beijing bersama keluarga beliau baru-baru ini. Lawatan ke masjid tertua di China sangat bermakna dan bermanfaat jika dikongsi bersama. Apa yang menarik mengenai masjid ini ialah keramahan saudara kita sekitar masjid tersebut. Penduduk Beijing terkenal dengan sikap mereka yang kurang ramah, akan tetapi, di masjid dan di kawasan sekitarnya dimana terdapat warga tempatan yang beragama Islam, sikap mereka sangat berbeza.

Tamadun China yang telah wujud sejak 5000 tahun dahulu ternyata nampak utuh hingga kini. Tidak hairanlah jika tamadun ini dikagumi sejak zaman nabi kita lagi.  Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada penduduk Islam di Beijing.

Sedikit info mengenai Masid Niujie: Sumber dari Wikipedia

Masjid Niujie (Cina: 牛街清真寺; pinyin: niújiē qīngzhēnsì) ialah masjid tertua di BeijingChina. Ia pertama kali dibina pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi (1622-1722).

Masjid ini terletak di Niujie, Daerah Xuanwu Beijing, pusat rohaniah untuk 10,000 umat Islam yang menetap di kawasan itu dan ia merupakan yang terbesar dan tertua di Beijing. Niujie merupakan kawasan terbesar diduduki oleh umat Islam di Beijing.

Masjid Niujie meliputi suatu kawasan lebih kurang 6000 meter persegi. Masjid ini merupakan campuran budaya Islam dan Cina. Dari luar, gaya seni binanya menunjukkan pengaruh Cina sementara bahagian dalamnya mempunyai kebanyakannya hiasan Islam. Masjid ini yang dibina dari kayu balak ialah rumah kepada beberapa relik dan batu bersurat kebudayaan penting seperti batu bersurat berdiri yang tertulis suatu titah seorang maharaja pada 1694 di zaman Dinasti Qing.

Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: