Home > Program > Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri WADAH-ABIM-SISMA & Ramah Mesra Bersama Ibubapa Taski ABIM

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri WADAH-ABIM-SISMA & Ramah Mesra Bersama Ibubapa Taski ABIM

WADAH-ABIM-SISMA Negeri Sabah telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1431H & Ramah Mesra Bersama Ibubapa pelajar Taski ABIM pada 2 Oktober 2010 (Sabtu), bertempat di Taski ABIM Putatan. Antara yang hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Pengerusi Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sabah, Sdr. Muddin Beting, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, Exco WADAH, ABIM dan SISMA serta ibubapa pelajar Taski ABIM. Majlis ini diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP ABIM Sabah, Dr. Abdullah Bade, penyampaian cenderahati kepada mantan exco ABIM 2009/2010, penyampaian hadiah kepada ahli ABIM yang menyambut hari lahir pada bulan September yang lalu dan penyampaian duit raya kepada pelajar Taski ABIM dan kepada kanak-kanak yang hadir dalam majlis tersebut.

Semoga dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara exco WADAH-ABIM-SISMA berserta ibubapa pelajar Taski ABIM untuk sama-sama menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. WADAH-ABIM-SISMA komited untuk mendidik anak-anak dan pelajar Taski ABIM untuk berjaya di dunia dan di akhirat serta untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat untuk membudayakan Islam dalam kehidupan, ‘Islam is the way of life’, untuk menjadi khyara ummah atau umat yang terbaik selaras dengan kehendak Allah s.w.t dalam al-Quran.

Advertisements
Categories: Program
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: