PROGRAM IHYA RAMADAN – PROGRAM WADAH SABAH.(Part I)
Ramadhan 1432H ini diisi dengan program-program kebajikan dan pembangunan umat. Diantaranya ialah mengisi Ramadhan dengan majlis ilmu agar amal ibadat di bulan Ramadhan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. yakni amal ibadat yang dilakukan adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari, bukan atas dasar taqlid atau ikut-ikutan.
“Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”
Hadith Rasulullah s.a.w ini menunjukkan peri pentingnya mempraktikkan sunnah Rasulullah s.a.w walaupun perkara yang dikongsikan hanyalah daripada sepotong ayat. Ini menunjukkan sesiapa sahaja, dan dimana sahaja yang pernah mendengar kebenaran mestilah menyampaikan kepada yang lain selaras dengan khutbah terakhir yang pernah diwariskan oleh junjungan besar s.a.w.
“Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.”
Disamping pengisian keilmuan, program penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan turut dilakukan oleh WADAH Sabah. Untuk kali ini, WADAH Sabah membawa bersama penceramah berpengalaman dan mempunyai latar belakang keturunan sebagaimana penduduk kampung untuk berkongsi dan bertukar pendapat, Tuan Haji Mazlan Daiman.
TARIKH : 19 OGOS 2011
HARI : JUMAAT
MASA : 2.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT: SURAU KG. KEBAYAU
- Tazkirah disampaikan oleh Tuan Hj. Mazlan Daiman ( mantan pengetua SMK Bandaraya)
- Gambar kenangan bersama penduduk kampung
- Sebahagian daripada kaum hawa yang hadir dalam program tersebut.
- Pengerusi WADAH negeri Sabah sedang menyampaikan sumbangan beras daripada Beras Corporations Sdn. Bhd kepada penduduk kampung.
Semoga usaha umpama sekecil ini beroleh keredhaan Allah s.w.t





