Program Sekampit Beras & Sekotak Kurma
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ABIM & WADAH Sabah telah menganjurkan Program Sekampit Beras & Sekotak Kurma bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Sumbangan beras, kurma, dan wang tunai telah dikumpulkan daripada orang ramai seterusnya diagihkan kepada mereka yang layak menerima.
Ziarah dakwah bil hal warga ABIM & WADAH Sabah dari rumah ke rumah menyaksikan pelbagai jenis kesusahan yang ditanggung para isteri yang kematian suami, kekurangan punca pendapatan, juga derita pesakit kronik. Pendedahan kepada situasi kurang bernasib baik begini menyedarkan kami betapa banyak lagi insan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan kewangan mahupun rohani.
Usaha kami mendekati warga-warga ini hanyalah secebis, umpama setitik air dalam lautan yang luas.
Antara rumah yang kami lawati termasuk Kg. Petagas, Kg. Contoh, Kg. Duvanson, Kg. Lembising, dan Kg. Ketiau.
Berikut merupakan gambar kenangan yang sempat kami rakamkan bersama mereka;
- Hulurkan bantuan ringankan beban
- Ibu tua menerima sumbangan
- Seorang anak yatim yang kehilangan tempat bergantung kini tinggal bersama datuknya
- Seorang ibu tua yang cekal menjaga akidah keluarganya kelihatan terharu menerima sumbangan.
- Penderita kanser usus yang tidak mampu bekerja bagi menanggung keperluan keluarga
- Keluarga nelayan yang kekurangan sumber sara hidup
Semoga usaha ini diberkati Allah dan akan berterusan malah lebih baik di masa-masa akan datang.





