Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, ABIM & WADAH Sabah telah menganjurkan Program Sekampit Beras & Sekotak Kurma bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan.
Sumbangan beras, kurma, dan wang tunai telah dikumpulkan daripada orang ramai seterusnya diagihkan kepada mereka yang layak menerima.
Ziarah dakwah bil hal warga ABIM & WADAH Sabah dari rumah ke rumah menyaksikan pelbagai jenis kesusahan yang ditanggung para isteri yang kematian suami, kekurangan punca pendapatan, juga derita pesakit kronik. Pendedahan kepada situasi kurang bernasib baik begini menyedarkan kami betapa banyak lagi insan kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan kewangan mahupun rohani.
Usaha kami mendekati warga-warga ini hanyalah secebis, umpama setitik air dalam lautan yang luas.
Antara rumah yang kami lawati termasuk Kg. Petagas, Kg. Contoh, Kg. Duvanson, Kg. Lembising, dan Kg. Ketiau.
Berikut merupakan gambar kenangan yang sempat kami rakamkan bersama mereka;
-
-
Hulurkan bantuan ringankan beban
-
-
Ibu tua menerima sumbangan
-
-
Seorang anak yatim yang kehilangan tempat bergantung kini tinggal bersama datuknya
-
-
Penderita kanser usus yang tidak mampu bekerja bagi menanggung keperluan keluarga
-
-
Keluarga nelayan yang kekurangan sumber sara hidup
-
-
Seorang ibu tua yang cekal menjaga akidah keluarganya kelihatan terharu menerima sumbangan.
Semoga usaha ini diberkati Allah dan akan berterusan malah lebih baik di masa-masa akan datang.
-
-
Bersama sahabat-sahabat yang pernah menabur bakti di bumi Sabah. Dari kiri, Dr Ku Azam Tuan Lonik (WADAH Pulau Pinang), Cikgu Muslimin (WADAH Selangor)
-
-
Bersama naib presiden WADAH Malaysia usai seminar
-
-
-
-
-
Ijtimak Harakiy di sana sini
-
-
Di antara pimpinan WADAH Sabah
Rombongan keluarga besar ABIM, WADAH dan SISMA telah menghadiri Ijtimak Harakiy ke-2 & Seminar Siyasah Shar’iyyah yang diadakan di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Keluarga besar ABIM Sabah telah mencatat rekod baru dengan menghantar rombongan terbesar berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Partisipasi pimpinan SISMA didalam Ijtimak kali ini diharap dapat menyuntik komitmen yang jitu dan menjadi perangsang untuk terus menymbang amal bakti dalam menyampaikan kerja-kerja dakwah di negeri Di Bawah Bayu ini.


Sempena Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan, infakkanlah sebahagian rezeki kurniaan Ilahi untuk disumbangkan kepada projek pembinaan Wakaf Masjid Penampang bagi memudahkan masyarakat Islam di Penampang melaksanakan ibadah dan mempelajari dan menambah ilmu. Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG di Bank Islam Malaysia Berhad, 10016010074517 atau hubungi Sekretariat Wakaf Masjid Penampang di talian 088-212080.
“Barang siapa mendirikan sebuah masjid di dunia ini dengan ikhlas kerana Allah s.w.t, nescaya Allah mendirikan baginya sebuah mahligai di Syurga”. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sempena Ramadhan al-Mubarak ini, WADAH dan ABIM Sabah ingin mengajak umat Islam untuk menginfakkan sebahagian harta dan rezeki untuk program Semurni Kasih Setulus Budi Sempena Ramadhan 1432H untuk membantu anak yatim Rumah Putera Harapan, Ranau. Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun Rumah Putera Harapan (RPH), 10016010066811 (Bank Islam Malaysia Berhad). Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Rumah Putera Harapan, Ranau boleh hubungi Sdr. Mohd Sabri Abdullah, Pengurus Rumah Putera Harapan, Ranau di talian 019-8993315 / 019-8833197 / 088-876296.
Zaid Bin Aslam berkata Nabi s.a.w. bersabda: “Saya dengan orang yang memelihara anak yatim di syurga bagaikan dua jari ini, sambil menunjukkan kedua jari telunjuk dengan jari tengah” (Tanbihul Ghafilin, Berlaku Baik Terhadap Anak Yatim)