Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Selama berabad-abad  negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang  terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay  States)  ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.  Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.   Faktor kunci kejayaan ini  tidak lain adalah sikap ramah  bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”.   Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini  menikmati  kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.   Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan,  juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.  Memang  dalam sejarahnya  Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam.    Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.  Justeru,  kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing.  Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.   Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak   diusek atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.   Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.   Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan  dan pendirian orang lain.   Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,  Allah selamanya merupakan ultimate concernbagi kaum Muslimin.  Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain  Allah(Yang Maha Esa).  Hanya Dia yang bernama Allah,  nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya,  tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri.   Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud.    Ia adalah nama yang merujuk  Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.  Sebagai nama khusus-Nya,  ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain.  Kerana  kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya,   Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai  nama khas (`alam)  yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya,  dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya.   Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya,  jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.  Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap  dan muktamad,   definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas,Katakanlah:  Dia-lah Allah,  Yang Maha Esa.    Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.  Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.  Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”.    Penurunan  surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta  Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.  Kerana itu surah ini bermula dengan kata  Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan  definisi tentang Allah.   Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik,  nama yang menolak syirik,  dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan).  Kerana itu surah ini disebut juga dengan  nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah  “…a Personality”,  bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama  Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.   Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik,  termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.    Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya,  lalu bagaimana mungkin  mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung  ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?  Selama ini,  sejak ratusan tahun,  tanpa memakai namaAllah, para penganut Katolitik telah  dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.  Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya,  malah telah dikembangkan tanpa masalah.   Lalu kenapa sekarang isu  ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif.  Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini.   Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali  kita merenung  kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.  Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.  Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)  without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of  a good Catholic education.  Wrong!  It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church  has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.  It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself.  On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever  as a monument to its credo, rather than for the blemishes  in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).


Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin.  Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.  Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.  Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”,  selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.   Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya.  Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu,  zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi  Melayu.    Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan,  tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu  dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”.    Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh,  termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.  Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat  Abdullah Munsyi.  Bagaimanapun  orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.  Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu”  yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini,  era membina kesatuan dalam kepelbagaian.  Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari,  dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.  Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di  luar Malaysia tidak semestinya relevan  dengan masyarakat kita.   Isu ini harus dilihat secara kontekstual.  Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.  Fiqh kita  mengambilkira  `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah  mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Tiga Amalan Rasulullah di 10 Malam Akhir

Tiga amalan Nabi di 10 malam terakhir

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: “Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu.”
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada
malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan. Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi’in ini adalah satu
upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka
Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan
Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah
memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon
perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”


Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah
mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya
dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud: “Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Memperbanyakkan doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibubapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.

Wasiat Ramadhan

WASIAT RAMADAN KAREEM

Rasulullah SAW bersabda, ‘Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. .. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa’i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH – KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH – THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak

Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do’a.
Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah

Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6.. Berbahagi CD Quran atau Do’a

Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta

Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum

Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim Rumah Putera Harapan (RPH)

Image0119Image0117Image0115Image0094

Image0078Image0061

Dalam satu hadith, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Sesiapa yang menyayangi anak yatim, di syurga nanti dekatnya dengan Nabi Muhammad S.A.W ibarat dua jari iaitu jari telunjuk dan jari tengah, tiada jarak”

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, WADAH, ABIM dan SISMA telah menyantuni anak yatim di Rumah Putera Harapan (RPH) pada hari Isnin sempena cuti Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52. Seramai 12 orang penghuni RPH diraikan dalam satu majlis dimana mereka dibawa untuk membeli baju melayu sebagai persediaan meraikan aidilfitri dan diberikan barang keperluan untuk berbuka puasa. Majlis ini juga diisi dengan sedikit tazkirah daripada Tuan Haji Sainuri Haji Yahmin, Pengerusi WADAH untuk seluruh hadirin yang hadir termasuklah untuk anak-anak yatim RPH dimana beliau telah bercerita tentang kisah hidup Imam Al-Ghazali dimana Al-Ghazali telah kehilangan ayah semasa kecil iaitu semasa beliau berumur 8 tahun dan Ibu Al-Ghazali memintanya untuk menuntut ilmu dengan seorang guru. Tuan Haji Sainuri juga telah mengaitkan kesungguhan Al-Ghazali dalam mencari ilmu untuk dijadikan iktibar kepada anak-anak yatim RPH.

Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Sainuri dan diikuti pembahagian kumpulan untuk membawa anak-anak tersebut membeli baju melayu mereka di Hjirah Trading, Ranau. Hampir 40 minit mencari dan membeli baju melayu dan kelengkapan lain, anak-anak tersebut diraikan di RPH dengan tazkirah dan penyampaian duit raya kepada penghuni RPH. Turut disampaikan adalah sumbangan untuk keperluan makanan penghuni RPH kepada Pengurus RPH, Saudara Sabri yang juga merupakan Setiausaha ABIM Daerah Ranau.

Kepada orang ramai yang ingin memberikan sumbangan kepada Rumah Putra Harapan, bolehlah menghubungi Tuan Haji Sainuri Haji Yahmin di 0148636200 talian  atau boleh berhubung terus dengan pengurus RPH, Saudara Sabri di talian 0198993315. Semoga dengan sumbangan anda dapat membantu anak-anak yatim di RPH dan semoga Allah memberkati segala amal kebajikan yang kita laksanakan.

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 Mei 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 Mei  2009/1 Jamadil Awwal 1430

Surah Az-Zarriyat ayat  24 – 37

Ayat tersebut menjelaskan perhal Nabi Ibrahim AS yang telah dikunjungi oleh tetamu yang membawa berita gembira untuk baginda dan amaran tindakan Allah terhadap kaum Nabi Lut yang telah melampaui batas.

Islam mengajar tatasusila menerima tetamu. Menerima tetamu dengan menyambut dengan lafaz salam yang terbaik dan menjamu dengan makanan yang terbaik dan yang disukai oleh tuan rumah. Menyediakan juadah tanpa bertanyakan kepada tetamu, jika mereka sudah makan ataupun belum. Atau soalan-soalan yang serupa dengannya.

Manakala mereka yang melanggari perintah Allah SWT dimusnahkan Allah SWT dengan menterbalikkan negeri mereka dan berlaku lah kehancuran kecuali mereka yang beriman walaupun dalam bilangan yang sedikit. Dr. Wahabah az-Zuhaily dalam tafsirnya menyatakan kaum Nabi Lut termasuk isterinya yang engkar telah dimusnahkan Allah SWT. Didalam peristiwa itu tidak terkecuali kaum keluarga seperti isteri menerima pembalasan Allah SWT. Bahawa sesungguhnya masing-masing diberi taklif mengenai diri sendiri. Pengecualiaan terhadap orang-orang beriman daripada termasuk dalam azab Allah SWT adalah ketentuan Illahi sepenuhnya.

Didalam ayat ayat ini juga Allah SWT menerima khabar gembira pada Nabi Ibrahim dan isterinya walaupun dari sudut biologis tabie nya kedua-dua mereka tidak akan akan mendapat zuriat. Namun kekuasaan Allah SWT mengatasi segalanya. Apa yang biasanya dianggap sunnatullah telah diatasi oleh kudrat dan iradat Allah SWT.

Dalam ayat 33-39 ini Allah SWT menceritakan perihal kaum-kaum yang telah di binasakan akibat perlakuan mereka yang melampaui batas. Mereka engkar kepada risalah yang dibawa para nabi’

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 April 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Halaqah Wadah Negeri Sabah – 26 April 2009/1 Jamadil Awwal 1430

Surah Az-Zarriyat ayat  15 – 23

Beruntunglah mereka yang telah bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka mendapat balasan kasih sayang Allah SWT. Tinggal di dalam syurga yang disediakan Allah SWT dengan segala kenikmatan.

Ini adalah janji Allah kepada mereka yang telah berbuat kebajikan semasa didunia. Semasa di dunia mereka tidur sedikit sekali  di malam hari. Mereka berserah diri kepada Maha Pencipta dan memohon keampunan dengan seihklas hati atas kesalahan dan kealpaan yang telah mereka lakukan. Mereka juga tidak bakhil dan kedekut terhadap harta yang telah di anugerahkan Allah kepada mereka. Harta mereka diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Ciri-ciri orang yang bertaqwa yang dinukilkan di dalam ayat ini ialah mereka yang bangun malam bermunajat kepada Allah Rabbul Jalil ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Dan setelah saat akhir sepertiga malam itu mereka memohon keampunan daripada Allah SWT. Ciri seterusnya ialah orang yang bertaqwa itu tidak bakhil, harta yang diperolehi nya di infaqkan nya ke jalan Allah SWT.

Manakala ayat 20-23 memperkatakan perihal apa ada yang dilangit dan dibumi . Dan semua itu menunjukkan tentang kekuasaan Allah SWT. Pada setiap kejadian Allah itu tersedia banyak rezeki untuk manfaat makhluk Allah.

Blog WADAH Negeri Sabah

Assalamualaykum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Alhamdulillah, blog WADAH Negeri Sabah dapat diwujudkan untuk memperkenalkan WADAH kepada masyarakat umum di negeri Sabah. Kami berharap agar pelawat blog ini dapat memberikan respon dan maklum balas untuk kami perbaiki lagi kualiti blog WADAH ini. Semoga dengan adanya blog ini, WADAH akan dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat di negeri Sabah dan berkongsi ilmu demi memartabatkan syariat Islam.